Tahun baru Hijrah membawa signifikan yang besar kepada umatnya. Ia bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam.
Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang.
Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.
Justeru, hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya. Hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.
Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.
Persoalannya, apakah remaja hari ini benar-benar menghayati semangat pengorbanan dan konsep hijrah? Adakah ia cukup dengan meraikan di surau-surau dan masjid-masjid? Malangnya apabila tibanya tahun baru masihi, ia disambut dengan pesta, hiburan melampau dan tidak bermoral. Tahun masihi disambut dengan penuh kemeriahan tetapi kehadiran tahun hijrah dipandang sepi ,malah ada dikalangan masyarakat islam sendiri tidak menyedari tentang tarikh keramat itu.
Sebenarnya, hijrah itu bukan sekadar dilihat dari segi akidah tetapi sepatutnya mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan seperti sikap, cara hidup, pergaulan, percakapan dan banyak lagi.
“Ini menunjukkan bahawa betapa Islam menggalakkan umatnya untuk melakukan perubahan. Islam itu adalah agama yang dinamik, bukan jumud dan kaku. Malah Islam menuntut kita agar selalu membuat perubahan.
Monday, December 6, 2010
Hijrah membawa signifikan yang besar kepada umatnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment