hariraya qurban akan tiba tidak lama lagi,ada dikalangan umat islam yang sangat teruja menunggu ketibaannya dengan menyertai korban yang dijalankan di tempat mereka tetapi ada juga yang memandang sepi dengan kehadirannya dengan anggapan bahawa ibadat itu sudah disertainya pada tahun yang lalu. jadi pada tahun ini berehatlah dahulu.... Pada kali ini marilah kita renung sejenak apa yang ingin disampaikan ini
Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami
jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah.
Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah
ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur
(sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan
fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami
mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak
akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya.
Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah
dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan
Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan
orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)
Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh
manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari
menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari
kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya,
kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah,
pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya
dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah
Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu
Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh
dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu
(dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan".
(HR. Ahmad dan Ibn Majah)
Fikir-fikirkan lah moga-moga kita sentiasa berada dibawah naungan dan kasih sayang Allah.
Wednesday, October 17, 2012
Qurban
Subscribe to:
Posts (Atom)



