Pages

Wednesday, February 6, 2013

Renungan 2013

 A262

surah Al Baqarah: ayat 262
 
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 

saya tertarik dengan kata-kata prof hamka dalam tafsir al azhar ketika menghuraikan makna tidak mengungkit-ungkitkan pemberian yang telah dihulurkan dengan maksud ; orang yang memberi tidak sepatutnya menyebut-nyebut kembali apayang telah diberikan kepada orang lain kerana sifat sebegitu adalah lahir dari sifat yang tidak ikhlas. disini dapatlah kita rumuskan bahawa pemberian haruslah dilakukan dengan cara berlapang dada tanpa ada tujuan atau niat lain selain dari mendapat keredaan allah.
Ramai orang bimbang apabila kita bersedekah atau menderma akan menyebabkan harta yang dimiliki berkurangan. sebenarnya banyak atau sedikit harta yang kita miliki adalah terletak pada hati kita.kalau kita yakin bahawa setiap harta yang kita infakkan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah,kita pastinya tidak akan mengganggap harta kita berkurangan. malah kita akan rasa bertuah kerana Allah memberikan kita ruang untuk meinfakkan harta kita.. dengan sedikit huraian dari ayat ini akan menimbulkan keinsafan dalam diri kita InsyaAllah

No comments:

Post a Comment