Secara logiknya sesuatu yang diusahakan secara bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya akan digunakan semaksimum mungkin untuk kepentingan semasa hidupnya ,tetapi hakikatnya Ia merupakan sesuatu yang pelik. Manusia Bermati-matian mengejarnya. Ada yang mendapatkannya secara halal dan ada secara haram. Tak kira siang atau malam, malah ada yang melibatkan nyawa terkorban.semuanya itu dikesampingkan atas nama kemegahan dan status. perlumbaan ini bagaikan tiada kesudahan. Itulah harta dunia. Yang 'bestnya', setelah berjaya mengumpulnya tiba-tiba malaikatul maut datang menjemput. Kesemua harta tadi terpaksa ditinggalkan. Sebab di alam akhirat ia langsung tidak berguna. jadi apa yang berguna? Di sana yang berguna hanyalah pahala sahaja.
Orang yang bijak akan menukarkan sesuatu yang bakal ditinggalkan menjadi saham sebagai 'bekalan' untuk hari akhirat. Sebab itu Islam tidak menegah umatnya menjadi kaya. Tetapi ianya hendaklah dalam konteks yang betul sejak dari mula sampai akhir.
Bermula dengan niatnya, perlaksanaannya hendaklah dipastikan dalam keadaan yang halal dan berkat. Jadi kalau anda mempunyai harta, jangan takut untuk bersedekah dan mengeluarkan zakat bila berkemampuan kepada yang memerlukannya. Belum pernah terjadi orang yang bersedekah menjadi papa kedana. InsyaAllah, Allah akan memelihara rezeki orang memberi sedekah. Sebenarnya sedekah itu bukanlah untuk orang lain bahkan adalah sebagai simpanan untuk diri sendiri jua.
Kesimpulannya.. rajin-rajinlah bersedekah dan mengeluarkan zakat, semoga kita semua diberkatiNYA
Kesimpulannya.. rajin-rajinlah bersedekah dan mengeluarkan zakat, semoga kita semua diberkatiNYA

No comments:
Post a Comment